Pada 14 January 2010,saya dan rakan-rakan MLEP(Farah,Amelia,Azzahra dan Amirah) berkesempatan menghadiri rakaman di Caldecott Broadcast Centre.Rakaman ini dihasilkan oleh syarikat Dua M di bawah kelolaan Encik Najip Ali yang juga merupakan hos rancangan tersebut.Artis-artis yang dijemput untuk menghadiri itu juga ialah Ajai,Zainal Abidin,Zaibaktian,Fauzi Laily.Kerjaya sebagai seorang artis amat mencabar kerana seseorang artis itu perlu mempunyai bakat dari segi suara dan mempunyai personaliti yang menarik untuk diterima ramai.Encik Ajai,selaku produser album juga berkata jika seseorang artis itu hendak maju di arena antarabangsa,lagu-lagu beliau perlulah mempunyai aspek-aspek komersial suapaya dapat diterima masyarakat serantau.Di samping itu,saya juga dapat menanyakan soalan kepada Encik Zaibaktian semasa sesi soal-jawab bersama artis.Ada di antara rakan-rakan yang juga berpeluang untuk bergambar bersama artis-artis selepas sesi rakaman itu.Ia adalah satu pengalaman yang membuka minda kerana dari situ saya dapat mengetahui bagaimana sesebuah rakaman televisyen dilalukan.